Sunday, 7 March 2021

PEMERGIAN AYAH 25.12.2020

sekali lagi merasai kehilangan orang yang tersayang selepas arwah mak. genap 1 tahun 8 bulan mak pergi ayah pula pergi meninggalkan kami semua. perancangan Allah dapat balik 2minggu sebelum ayah pergi..dapat bersama hingga ke hari terakhir ayah..setiap malam tidurnya tak lena..


sehingga pada hari terakhir ayah masih bercakap macam biasa..langsung tak menduga itu hari terakhir dapat melihat ayah, bercakap dengan ayah..


ayah minta untuk ke hospital pada hari jumaat 25.12.2020 lebih kurang dekat pukul 2 petang..pukul 5.30 petang ayah pergi menghadap Ilahi.. 


Ya Allah kau ampunilah dosa kedua ibu bapaku..kau satukanlah aku dan keluargaku di dalam syurgaMu..


pukul 8 malam ayah sampai rumah dimandikan dan dikafankan di rumah..pukul 10.30 malam ayah dibawa ke masjid..hujan mengiringi pemergian ayah pada malam itu..


terasa sayu kerana tiada lagi panggilan Solah dari seorang ayah..setiap hari kini sepi tanpa suara ayah..tanpa panggilan telefon ayah..hilangnya kasih seorang ayah..kehilangan kedua orang tua mak dan ayah..


hanya doa dapat dikirim sebagai pengubat rindu..terlalu rindu rasa hati ini..hanya Allah mengetahui segala rasa yang mencengkam ini..terlalu lama ayah menanggung sakit di dunia ini..kami juga pasti menyusul..kau ampunilah dosa kedua mak dan ayahku Ya Allah.


PERGINYA SEORANG AYAH
KASIH TIADA GANTI
HERO PERTAMA DI HATI